Tiba-tiba semalam dapat idea ni sebab teringat Ustaz Kazim cerita pasal memuji isteri. Dia kata penting suami puji isteri. Selain isteri senyum bahagia, suami juga adalah orang yang paling beruntung.

Pujilah isteri, walaupun mungkin terpaksa menipu. Tipu untuk membahagiakan isteri takpe, harus hukumnya. Siap dapat pahala.

Tapi jangan sesekali menipu untuk sembunyikan kesalahan. Contohnya suami tipu pergi outstation, padahal pergi bernikah lagi satu. Yang ini memang sangat tak patut!

5 Cara Memuji Isteri Paling Win

 

Tak susah pun memuji ni, percuma saja. Cuma bila ego tu yang buat berat mulut nak sebut. Runtuh saja ego tu. Ego tu macam syaitan. Punyalah ego sampai kena laknat masuk neraka. 
Mulalah puji isteri masing-masing. Kalau malu depan-depan, boleh Whatsapp dulu. Lepas tu call, lepas tu puji isteri depan-depan. Nak puji apa?

1- Sayang Dah Kurus

Walaupun yang sebenarnya, dia tak kurus pun. Cuma nampak kurus sebab pakai baju jalur ke bawah. Katalah “Yang, abang nampak sayang dah kurus lah. Ini mesti sebab penat jaga anak-anaklah ni”. 
Ye, maniskan ayat. Untuk isteri, demi bahagiakan dia. Menipu pun takpe. Tak berdosa.

2- Masak Sedap

Lepas makan, tak kisahlah rasa sedap atau tak. Ucaplah terima kasih. Perkataan keramat terima kasih tu buat hilang penat lelah isteri masak kat dapur.
Ya mungkin hari ni tak sedap. Tapi tak mustahil sebab ucapan terima kasih tu, isteri berusaha lagi nak improve masakan dia.
Sesekali pujilah masakan dia “Sedapnya sayang masak hari ni”. Pasti meleret senyum dia. Tak payah minta air kopi, automatik isteri sediakan sebab dah kena puji.

3- Makin Cantik

Kalau orang lain puji kembang mungkin setengah mangkuk. Tapi kalau suami yang memuji isteri makin cantik. Kembang bermangkuk-mangkuk lah gamaknya. Tak salah cuba cara memuji isteri yang ini.
Isteri pun berhabis duit cari krim muka terbaik, minum kolagen, letak masker emas dan bermacam lagi usaha untuk suamilah. Isteri nak suami rasa bangga beristerikan dirinya.
Tapi kalau suami buat derq, macam kayu. Mestilah dia rasa down. Tengah-tengah isteri belek muka kat cermin, tegurlah “Makin cantik wife abang sekarang ni”. 
The power of praise, jangan sampai korang terkejut hasilnya.

4- Berkilatlah Rumah Kita

Peluh mengemas rumah tak habis lagi, tak kira lagi melayan perangai cerdik anak-anak. Tiba-tiba bila suami balik dari kerja. Tak sempat lagi nak borak apa-apa, suami dah komplen. Ada je yang tak kena kat mata dia.
Isteri bukanlah pembantu rumah. Dan kerja rumah pun bukanlah wajib isteri yang buat. Jadi berlebih kuranglah.
Kalau nampak spot yang ada habuk, ambil saja kain dan lap. Mesti lega sangat hati isteri, tengok suami nak menolong kerja rumah.
Bila nampak kipas kat bilik tu dah bersih dari habuk, katalah “Ish bersihnya kipas ni, macam baru beli”. Pasti riang hatinya mendengar pujian begitu.

5- Terima Kasih

Ini cara memuji isteri yang paling win dan paling simple. Ucaplah “terima kasih sayang, sebab jadi isteri abang”. Pasti isteri akan rasa, dialah wanita paling bertuah dalam hidup.
Kalah hadiah rantai emas sampai ke lantai.
Puji perempuan lain tak dapat pahala, tapi memuji isteri berganda-ganda pahala. Sudahlah tak guna apa-apa kos. Percuma. 
Cuba sekali hantarkan Whatsapp “Terima kasih sayang, I love U”. Tengok apa respon dia. 
Selamat puji memuji isteri. Oh cara ni pun boleh diguna pakai oleh isteri. Tapi biasanya isteri tak lokek nak puji suami. Kan?

Love Susu Ibu & Love Green Life

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!