Cara Berikan Khidmat Pelanggan di Mudah.my


Khidmat pelanggan amat penting untuk terus kekal bersaing di Mudah.my. Jika anda tidak berikan khidmat pelanggan yang cemerlang, ada ramai lagi peniaga lain di Mudah.my yang mampu beri. Pelanggan dengan rela hati beralih kepada mereka dan anda akan kerugian kerana kehilangan pelanggan berharga. Anda sudah kehilangan kelebihan sebagai seorang peniaga di Mudah.my

1. Respon

Apabila pelanggan meghantar emel, SMS dan WhatsApp kepada anda untuk membuat pesanan atau pertanyaan, anda mesti RESPON dengan segera. Berikan maklumat lanjut dan gambar TERKINI produk yang anda jual. Pelanggan tersebut mungkin bukan hantar emel, SMS dan WhatsApp itu hanya kepada anda tetapi juga kepada peniaga lain di Mudah.my.

Mana-mana peniaga yang membalas emel, SMS dan WhatsApp tersebut pasti menjadi keutamaan pelanggan tadi. Wajib untuk anda membalas emel, SMS dan WhatsApp tersebut paling lewat dalam masa 24 jam. Lewat daripada itu, emel tersebut boleh dianggap sudah basi.

Dengan membalas emel, SMS dan WhatsApp dengan segera, ini akan memberikan gambaran anda serius untuk berbisnes dan sedia berkhidmat. Pelanggan akan berasa puas hati dapat berinteraksi secara langsung dengan anda.


2. Bahasa

Gunakan bahasa yang digunakan pelanggan. Tak kiralah bahasa formal mahupun bahasa pasar. Biar pelanggan tak rasa kekok dengan kita.

Kadang-kadang pelanggan suka bertanyakan soalan yang remeh-temeh atau soalan yang sudah pun ada jawapannya di kandungan iklan. Namun anda tidak boleh marah dan menjawab soalan tersebut dengan memerli atau memberikan kata-kata kesat. Anda mesti sentiasa bersedia menjawab apa saja soalan daripada pelanggan dengan ramah-tamah dan hati yang terbuka. Hati pelanggan pasti akan tertambat.

3. Hantar Segera

Jika pelanggan mahu barang yang dibeli dipos atau dihantar sendiri kepada mereka, lakukan segera. Nyatakan di dalam iklan berapa lama barang tersebut akan sampai ke tangan mereka.

Gunakan servis kurier seperti Pos Laju yang hanya memakan masa 1 ke 3 hari berkerja untuk sampai ke destinasi. Pos Laju juga disertakan dengan perlindungan insuran. Jika berlaku perkara yang tidak diingini terhadap produk yang dipos, tuntutan boleh dilakukan.

4. Makluman Penghantaran

Selepas produk dipos, anda mesti memaklumkan kepada pelanggan supaya mereka tidak tertanya-tanya. Apabila pelanggan sudah menyerahkan sejumlah wang kepada anda, sudah pasti mereka gelisah menunggu produk yang dibeli sampai.

Oleh itu nombor kod resit kurier harus diberikan kepada pelanggan sebagai rujukan. Pelanggan boleh memeriksa status penghantaran menggunakan nombor kod kurier tersebut sendiri.

Jika anda nak hantar sendiri, maklumkan hari dan pukul berapa anda akan sampai.

5. Terima Kasih

Tanpa pelanggan, setiap bisnes pasti akan gagal. Jadi, hargailah pelanggan anda dengan sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih kepada mereka atas setiap pembelian yang dilakukan. Tunjukkan bahawa anda amat menghargai mereka sebagai pelanggan dan gembira berurusan. Ucapan terima kasih ini sebenarnya amat senang untuk dilakukan, tetapi sering dilupakan.

Terima kasih. 2 patah perkataan pendek yang boleh beri hubungan bisnes yang berpanjangan.

Mahu tahu bagaimana untuk menjaga pelanggan Mudah.my supaya tak lari dan beli BERKALI-KALI? KLIK DI SINI!


IdeaBiznet

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!