Sabar itu separuh dari Iman. Begitu juga perlunya kesabaran dalam berniaga. Usahawan yang berjaya dalam perniagaan adalah usahawan yang sabar dalam pelbagai perkara. Tidak mudah melenting. Tidak gopoh. Dan tidak melakukan sesuatu yang drastik tanpa memikir panjang implikasinya. Dalam kata pendek, banyak-banyaklah bersabar bila berniaga ya…

perlusabar

Dalam perniagaan, pelbagai cabaran.

Bukan semuanya mudah. Boleh dikatakan seperti naik rollercoaster, perniagaan anda turun naiknya. Kadang kala terasa nak muntah, loya dan pening pun ada. Tapi masih menyeronokkan!

Turun naik perniagaan ini akan menjadi amat sukar bagi mereka yang tidak sabar, terutamanya ketika turun yang banyak dan selalu, dan naiknya sedikit-sedikit.

Dalam perniagaan perlu ilmu dan pengalaman

Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ilmu dan pengalaman. Untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman, memerlukan pengorbanan dan masa. Perniagaan tidaklah semudah yang disangka terutamanya bagi mereka yang tidak pernah berniaga. Bagi yang berpengalaman dalam perniagaan sudah melihat asam garam perniagaan dan belajar dari pengalaman. Kesemuanya memerlukan kesabaran!

Dalam perniagaan, pelbagai kerenah manusia

Bila berniaga, pelbagai kerenah manusia kita akan jumpa. Bukan sahaja pelanggan, tetapi mungkin pekerja. Ada juga perniagaan yang melibatkan keluarga, kalau ngam, tak mengapa, tapi ada juga yang menyukarkan lagi keadaan bila keluarga terlibat.

Dalam keadaan berhadapan dengan manusia selalu dalam perniagaan, kesabaran amat diperlukan oleh kerana ragam manusia adakalanya tidak dapat kita faham dan agak. Hati manusia juga pelbagai jenis untuk kita jaga. Kesabaran amat diperlukan!

Dalam perniagaan, lebih banyak rejection

Bukan semua orang akan membeli barangan anda. Tambahan, lebih ramai yang tidak akan memilih untuk membeli barang anda pun. Anda akan mendapay terlalu banyak rejection dalam perniagaan, bukan sahaja dari pelanggan, mungkin juga apabila proposal di reject oleh mana-mana pihak.

Rejection sememangnya sinonim dengan perniagaan. Bak kata, 9/10 rezeki adalah dalam perniagaan, tetapi, 9/10 perniagaan gagal. Maka perlulah sabar dan tiba masanya untuk sabar yang paling diperlukan…

Dalam perniagaan, sabar bila gagal

Sering kita dengar kisah kegagalan perniagaan. Kalau nak dengar kisah kejayaan perniagaan, biasanya ia datang dari perniagaan yang pernah gagal juga. Perniagaan yang bersabar dalam kegagalan.

Perlu diingat, perniagaan memerlukan pengalaman dan ilmu. Kebiasaannya mereka yang baru memulakan perniagaan tidak memiliki kedua-dua ini. Oleh itu, sering kali perniagaan pertama akan gagal. Mungkin juga perniagaan kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya akan gagal.

Mereka yang bersabar dan bangun dari kegagalan adalah mereka yang lebih cenderung mencapai kejayaan perniagaan, mungkin setelah mencuba kali ke sepuluh!

Berita baik, pengambilan TERBARU Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini di buka. Program separuh masa 6 bulan ini telah membantu beribu usahawan Internet Malaysia mencapai kejayaan. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran online atau hubungi Cik Aie di 03-77292277 kami sedia membantu dan berjumpa sekiranya mempunyai sebarang persoalan.

3batchJom join kami! 😉 Klik di sini

 

Perniagaan, Kewangan & Motivasi

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!