4 Cara Turunkan Kos Iklan di Google Adword


Pengiklanan Cost Per Click ni memang mencabar jika anda salah setting atau tidak faham teori di sebaliknya. Google Adwords direka untuk anda mendapat audiences atau trafik ke web jualan anda kerana di Google berjuta pelawat mencari setiap jam. 

Bayangkan la, keyword yang anda gunakan mendapat 10,000 carian dalam sehari. Berapa banyak yang anda mampu buat hasilkan jualan dalam sehari?

Anda kira sendiri..

.. tapi pastikan trafik atau pelawat itu BERKUALITI dan bukannya sekadar window shopping atau tersilap cari. Kalau tak, RUGI je duit iklan anda. 

Jadi macamana nak kurangkan kos iklan di Google Adwords?

1) Naikkan CTR:

Naikkan clicks setiap kali iklan anda terpapar. Macam mana caranya?

Dengan sasarkan iklan anda pada audiens yang berkualiti sahaja. Target mereka yang akan klik iklan anda dan bukan sekadar mencari info di internet. Contohnya, mereka yang mencari gambar baju kurung, 90% sebenarnya TIDAK berminat membeli. Mereka hanya nak tengok gambar je. Jadi, anda perlu gunakan keyword untuk target pada audiens yang hanya berminat nak beli sahaja. 

2) Mobile optimize ads

Bina iklan yang mesra mobile. Kini, 50-60% atau lebih pengguna di Google menggunakan mobile. Jika iklan anda tidak mesra mobile, mereka agak sukar untuk berhubung atau tertarik untuk klik iklan anda. Jika mereka sukar untuk berhubung dengan anda, pasti mereka akan tinggalkan anda. Akhirnya, apa pun tak dapat. Pelanggan melepas, sales pun melepas.. 🙁

3) Mobile optimize web

Ini akan menaikkan potensi conversion. Yelah, sekarang kan.. 50-60% pengguna Google guna mobile. Jadi, jika web anda masih belum mesra mobile, bertukarlah segera.. pilih theme yang responsive. Ini dapat tingkatkan conversion iklan adword anda. Jika conversion bertambah, untung pun bertambah. Tak payah lagi nak risau mengenai kos iklan.

4) Buang negative keyword

Negative keyword ini yang membazirkan bajet iklan anda. Contohnya anda penjual tudung, anda pastikan buang negative keyword contohnya gambar, model, cara jahit dan saji. Anda boleh dapatkan negative keyword ini menggunakan Keyword Planner.

Macamana nak buat benda ni semua step by step?

Ada diajar dalam panduan ini –> PANDUAN GOOGLE ADWORD

Dalam panduan ini, antara perkara PENTING yang diajar adalah; 

  • Cara mengkaji keyword yang TERBAIK seperti Action Keyword dan Negative Keyword.
  • Cara memilih keyword yang TEPAT untuk iklan.
.. dan banyak lagi!

Panduan ini WAJIB dimiliki untuk anda yang betul-betul serius nak belajar cara beriklan menggunakan Google Adwords. Untuk beriklan dengan Google Adwords, anda sangat perlukan beberapa pengetahuan yang lebih detail supaya anda tak rugi dengan kos pengiklanan yang dikenakan. 

Dalam panduan ini, sifu Wanmus dah bertahun-tahun mengkaji selok-belok dan trick-trick untuk memanipulasikan Google Adwords ini. Lepas beliau dah mantap dengan selok-belok Google Adwords ini, maka terhasilah panduan ini..

Cerita panjang pun tak guna, sebab semuanya dah diceritakan di sini –> BELAJAR GOOGLE ADWORD

Ok, selamat bergoogle adword!

IdeaBiznet

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!