Pelawat blog sekarang sudah semakin cerewet. Mereka ini sudah bijak untuk memilih blog-blog yang baik sahaja untuk dibaca.
kredibiliti-blog
Blog yang mempunyai pelbagai entri tidak semestinya membawa pelawat yang ramai dan berkualiti.

Ianya berbalik kembali kepada si pemilik blog itu sendiri tentang bagaimana beliau mengurus dan menyampaikan mesej melalui penulisannya..

Oleh yang demikian, suka untuk saya kongsikan dengan anda di sini, 3 tip untuk meningkatkan kredibiliti blog anda di mata pelawat dan pembaca.

Tip #1: Gunakan Bahasa Melayu Penuh (BMP)

Blog dibina untuk meningkatkan jenama dan kepercayaan si pembaca terhadap si empunya. Jadi, penggunaan bahasa di sini mencerminkan identiti si pemilik blog itu sendiri.

Elakkan penggunaan bahasa rojak, bahasa pasar dan bahasa rempit dalam penulisan anda. Tulis sahaja gunakan bahasa yang penuh. Mudah dan jelas.

Tip #2: Design Yang Kemas

Pastikan anda memilih tema yang kemas. Sebuah blog yang kemas lebih baik daripada blog yang design-nya bewarna-warni dan terdapat pelbagai perkara yang tidak tersusun padanya.

Apabila kita mempunyai sebuah blog yang kemas, para pembaca akan lebih suka untuk datang semula berbanding blog yang kurang kemas dan tersusun.

kredibiliti-blog-bisnes
Tip #3: Gunakan Perenggan – Lebih Mudah Dibaca

Saya ada melihat tabiat penulis blog yang tidak suka menggunakan perenggan di dalam artikel mereka. Sebenarnya anda, penggunaan perenggan lebih memudahkan si pembaca untuk mengikuti artikel kita sehingga habis.

Bayangkan jika daripada atas hingga ke bawah, si penulis langsung tidak menggunakan perenggan. Adakah anda selesa membaca entri sebegini?

Cadangan saya, hanya gunakan 3-4 baris ayat sahaja untuk setiap perenggan. Pisahkan setiap perenggan ini dengan ruang agar proses pembacaan lebih mudah dan tidak meletihkan mata si pelawat blog kita.

Semoga bermanfaat

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!