Dapatkan Gambar Yang Menjual Untuk Iklan di Mudah.my


Saya dapati ramai diantara peniaga yang menjual secara online mengabaikan KUALITI GAMBAR yang dipaparkan. Tahukah anda bahawa gambar yang baik mampu untuk meningkatkan jualan sebanyak 300%? Di Mudah.my, people do judge a book by its cover.

Kebanyakan kategori iklan di Mudah.my hanya hadkan 3 gambar untuk dipaparkan. Kalau 3 keping gambar ini FAIL, jangan mimpi pelanggan nak hubungi kita. Banyak lagi iklan lain yang dia boleh tengok. 


Jadi, di sini saya kongsikan sedikit bagaimana untuk mendapatkan gambar yang mampu untuk menjual dengan sendiri.

1. Sudut Berbeza

Anda tangkap gambar produk yang mahu dijual daripada sudut yang berbeza-beza. Sebagai contoh, jika anda menjual baju, amat penting untuk anda tangkap gambar hadapan, belakang dan sisi baju. Ini adalah sudut yang pelanggan akan nilai semasa membeli baju.

Jika anda menyewakan rumah, tangkap gambar setiap ruangan di rumah anda seperti laman, ruang tamu, dapur, bilik tidur, tandas dan sebagainya. Dengan ini mereka yang sedang mencari rumah untuk disewa, mudah untuk membuat penilaian sama ada rumah itu sesuai untuk mereka ataupun tidak.

2. Cahaya

Ada 2 kesalahan yang sering dilakukan. Pertama, CAHAYA KURANG Pastikan cahaya mencukupi supaya setiap sudut gambar produk dapat dilihat dengan jelas. Letakkan produk yang mahu diambil gambar itu di bawah cahaya lampu. Jangan sekadar bergantung kepada cahaya lampu flash.


Kedua, CAHAYA TERLEBIH. Anda juga kena pastikan cahaya tidak terlebih sehingga membuatkan produk yang ditangkap gambar itu kelihatan terlalu berkilau atau sehingga putih. Berhati-hati juga dengan penggunaan lampu flash. Sering saya dapati pantulan lampu flash termasuk di dalam gambar yang ditangkap. Anda harus kreatif mencari sudut bagi menangkap gambar produk tanpa memantulkan kembali cahaya lampu FLASH.

Masalah ini selalu timbul untuk produk yang berpermukaan licin dan berkilat seperti iPad, telefon bimbit, gelas dan lain-lain. Ini amat mencacatkan gambar produk yang seharusnya menunjukkan warna sebenar produk tersebut. Jika perlu, gunakan sahaja cahaya semulajadi matahari ketika siang.

3. Pegang Produk

Jangan pegang produk yang anda mahu tangkap gambarnya dengan tangan! Ini kelihatan sangat tidak profesional. Peniaga yang menjual barang terpakai banyak melakukan kesilapan ini. Tangan kiri memegang telefon bimbit dan tangan kanan menangkap gambar telefon bimbit tersebut. Secara tidak langsung ini menggambarkan bahawa produk yang anda jual tidak diberikan penjagaan rapi.

4. Penunjuk Saiz

Kadang-kala, pelanggan menghadapi kesukaran untuk mengagak saiz sesuatu produk yang anda jual. Apatah lagi jika produk tersebut baru di pasaran. Mungkin anda boleh memberi kenyataan di iklan saiz produk tersebut. Namun gambar yang jelas tetap menjadi pilihan pembeli.

Ada 2 cara untuk menyelesaikan isu ini. Pertama, anda boleh meletakkan pembaris disebelah produk yang anda jual

Contoh, anda letakkan pembaris di sebelah Power Bank yang anda mahu tangkap gambarnya.

Kedua, anda letakkan satu produk yang sudah dikenali saiznya secara umum. 

Contoh, anda letakkan tin minuman Coca-cola disebelah telefon bimbit yang anda mahu tangkap gambarnya. Dengan ini pelanggan mampu untuk mengetahui saiz produk tersebut dengan hanya melihat gambar yang diberikan.

5. Latar belakang

Pernahkah anda melihat peniaga yang menayangkan gambar baju yang beliau jual dengan berlatarbelakangkan almari bajunya? Saya pernah. Siap ada poster artis pujaan beliau lagi yang ditampal pada pintu almari tersebut.

Begitu juga dengan peniaga tudung. Ada yang sekadar meletakkan tudungnya di atas lantai untuk ditangkap gambar. Apabila saya melihat gambar seperti ini, saya akan menganggap peniaga bukan seorang yang serius berbisnes. Hanya berbisnes online secara SUKA-SUKA. Saya takut untuk berikan wang kepada peniaga begini.

Anda juga harus memastikan bahawa warna latarbelakang dengan produk yang mahu ditangkap gambarnya berbeza. 

Contohnya, anda mahu menangkap gambar iPhone yang berwarna hitam. Latarbelakang gambar mesti berwarna cerah seperti putih. Dengan ini mata pelanggan boleh terfokus terhadap produk.

6. Perisian Gambar

Anda boleh menggunakan PERISIAN gambar seperti Photoshop, Corel Draw, Paint dan sebagainya untuk memperbaiki gambar yang telah ditangkap. Antara elemen yang boleh anda perbaiki ialah kecerahan, kontras, saiz dan lain-lain. Ingin saya tegaskan di sini, anda tidak boleh menggunakan perisian gambar bagi menyembunyikan kecacatan produk yang anda jual.

Sebagai contoh, anda menjual jam tangan yang telah tercalar cerminnya. Anda gunakan Photoshop untuk memadam kesan calar itu pada gambar yang telah ditangkap. Perbuatan ini sebenarnya telah MENIPU pembeli. Sebarang kecacatan pada produk mesti ditunjukkan kepada pembeli dengan jujur.

7. Watermark

Sesetengah peniaga online cenderung untuk meletakkan WATERMARK pada gambar produk ataupun servis mereka. Tujuannya supaya gambar tersebut tidak disalahgunakan atau dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab

Namun di Mudah.my, anda tidak dibenarkan untuk meletakkan sebarang watermark di gambar. Ini adalah kerana Mudah.my sendiri akan meletakkan watermark mereka pada gambar tersebut. Jika anda tetap letak, iklan anda akan ditendang begitu saja.

Ada banyak lagi TIPS GAMBAR yang menjual dengan sendiri di dalam DVD Pro Mudah.my. Kalau anda berminat nak tahu, boleh KLIK DI SINI

IdeaBiznet

About Ustaz Wan

Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menjadikan beliau seorang multitasking dalam pelbagai bidang. Dari Dunia IT, Seni Beladiri Silat, Organisasi Berpersatuan, Keusahawanan, Pelbagai Permainan Sukan serta Motorsikal Berkuasa Tinggi dan macam-macam lagi. Seorang yang mudah mesra dan suka berkawan juga mempunyai minat untuk mengembara.

Share This:

Facebook
error: Maaf !!